Followers

Thursday 13 September 2012

KETAM MASAK KICAP

Selain masak berempah, kunyit or dengan telur, admin pun agak slalu juga masak ketam berkicap. Sedap juga. maybe sebab admin memang seafood lover kot jadi semuanya tetap rasa SEDAP DI PERUT  :)

Bahan2:
1 kg ketam
Bawang merah (ditumbuk)
Bawang putih (ditumbuk)
8 biji cili kering (diblender)
1cm halia (ditumbuk kasar)
1 biji bawang besar (dimayang)
4 biji cii hijau (dipotong tengah sahaja.jgn dipotong hiris kecil2)
3 sudu sos cili (boleh ditambah ikut citarasa anda)

Cara memasak:
1. Tumiskan cili kisar. Masukkan bahan tumbuk.
2.Setelah naik bau, masukkan ketam dan gaulkan. Tutup kuali sekejap kira2 5 min.
3. Kemudian, masukkan Kicap masin dan kicap manis, dan gaulkan hingga kuahnya menjadi pekat.
4. Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili hijau. Boleh dihidangkan.

p/s: Sungguh SEDAP NYERR PUN kalau dihidang bersama nasi panas. menaip resepi nye pun admin dah telan liur..slrpp..dake..

UDANG BUTTER



Udang masak butter memang sedap..tak kiralah yang masak goreng kering atau pun masak basah tp untuk sharing kali ini admin nak kongsi resepi untuk Udang butter yang goreng kering..mudah diikuti dan juga sedap..tp awal admin ingatkan semua bahan tu bolehla saudara saudari adjust ikut citarasa anda semua..

Bahan diperlukan:
1.15 ekor udang yang dibersihkan, dibuang kepala dan dibelah belakang.
2. 1 biji telur, dipukul sedikit.
3. 1 tangkai daun kari, diasingkan dari tangkainya
4. Sedikit garam dan lada sulah
5. 5-6 biji cili padi, dihiris.
6. 3 camca besar mentega
7. 3 camca besar susu cair
8. 2 ulas bawang putih, cincang halus.

Cara memasak:
1. Panaskan minyak di dalam kuali (anggaran 1/2 cawan), sediakan senduk stainless steel yang bertangkai panjang.
2. Setelah minyak panas, tuangkan telur dan kacau sehingga telur menjadi perang. Guna api kecil.Apabila telur masak, angkat dan ketepikan.
3. Gaul udang dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah, kemudian goreng hingga kemerahan,angkat dan toskan.
4. Keluarkan minyak tadi. Kemudian masukkan mentega dan biar cair. Tumis bawang putih, daun kari dan cili padi. Tambah susu cair dan kacau rata.
5. Masukkan udang, gaul dan masak hingga kering (admin tak tambahkan garam sebab dah ok tp kalau u all nak tambah lagi itu terpulanglah pada cita rasa masing2 yerr ) alih dalam bekas dan tabur dengan telur td. Selesai.

p/s: yg ni resepi plg ringkas dan senang utk diikut.all the best.

SAMBAL RINGKAS BENDI BUAT DINNER MALAM

Ramai yang salah faham dengan cara memotong bendi.. Yang admin tau, kalau nak potong bendi, kita cuci dulu bendi tu barulah dipotong. Kalau dipotong terlebih dahulu baru dicuci, itu akan menambahkan lendir bendi ketika dimasak. Ini tips mamy admin iaitu Puan Magdeline Idah :) luv u mamy

Bahan-bahan diperlukan:
1. 5 batang bendi.
2. 2 ulas bawang merah
3. Cencaluk (jumlahnya bergantung kepada anda.sesedap rasa)
4. 2 biji cili padi
5. 2 biji limau kasturi

Cara memasak:
1. Didihkan air. Masukkan sedikit minyak.
2. Setelah air mendidih, masukkan bendi untuk dicelur. Angkat dan toskan.
3. Tuangkan cencaluk ke dalam mangkuk kecil. Pecahkan limau dan cili padi. Hiiskan bawnag meah dan gaulkan di dalam cencaluk itu tadi.
SEDIA utk DIMAKAN  :).. lebih sedap kalau bendi masih lagi panas...
selamat mencuba yer  :)

TIPS MENGGORENG DENGAN SELAMAT

hahaaaa admnin confirm ada yang tak suka menggoreng sebab minyak yang melompat-lompat bila panas.. logik lah kita takut kan sebab kalau minyak tu melompat memang ada risiko terkena wajah.. tak cantik pula nanti kalau wajah kiut-miut tu ada cela sebab minyak..
Jadi, disebabkan admin pun ada ketakutan yang sama, admin nak share juga lah tips yang diberikan oleh aunty admin ni.. Beliau kata
'sebelum bahan yang digoreng tu dimasukkan ke dalam kuali, masukkan secubit tepung (dua cubit pun boleh tp jgn banyak sangat) ke dalam minyak yang telah panas. Boleh gunakan tepung gandum, tepung kanji atau tepung jagung. Confirm minyak takkan melompat-lompat.'

Yang ni admin selalu amalkan kalau menggoreng ayam dan ikan :)

Wednesday 12 September 2012

SUP AYAM CENDAWAN





HALO..
tak dinafikan Oyster Mushroom memang sedap.. sy pun suka sangat2 makan cendawan nih.. lebih2 lagi kalau fresh dipetik.. bukan sahaja sedap tapi cendawan ini mengandungi banyak kebaikan untuk badan kita..
1. Mengawal atur darah-anti throbotik, merendahkan tekanan darah, kandungan glukosa dan lipid
2. meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bakteria
3. Merencatkan pertumbuhan tumor
4. Antioksidan dan aktiviti pelindung gen

Macam2 cara kita nak masak Oyster Mushroom ni tp di sini admin nak share macam mana nak masak Sup Ayam Cendawan.

Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih (dihiris halu)
seulas bawang merah (dihiris halus)
Sup Bunjut Adabi
200g ayam (dipotong mengikut kesukaan anda  :) )
5 keping Oyster Mushroom (dicarik-carik)
Garam dan serbuk perasa
Serbuk lada putih

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah. (minyak jangan banyak sangat.cukup utk menumis bawang saja.elak kolesterol  :)  )
2. Setelah naik bau, masukkan ayam dan goreng sekejap. letak garam sikit supaya isi ayam menjadi lebih manis n tasty.
3. Setelah isi ayam menjadi lebih pejal, masukkan air. Sebaiknya guna air masak.
4. kemudian, masukkan sup bunjut dan Oyster Mushroom.
5. Setelah mendidih, masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk lada putih.
6. Bolehla diangkat dan dihidangkan. Dijamin sedap.

SUP UDANG SERAI ...yang tak spicy :)


  • 800g udang
  • 5 ulas bawang merah.. (ditumis)
  • 2 batang serai.. dikrtuk ja (jgn ditumbuk nanti terlebih hancur pula)
  • 3cm halia ... (ditumis)
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam dan serbuk perasa.. (kalau nak letak lada pun boleh juga)

Cara memasak:
1. Masukkan segala bahan td ke dalam periuk  (kecuali udang) beserta air yang dirasakan cukup untuk jumlah udang.
2. Setelah mendidih, masukkan udang, garam dan serbuk perasa.
3. Biar sebentar dan boleh diangkat.

p/s: Air boleh ditambah sesedap rasa anda.

Tuesday 11 September 2012

BAH.. KETAM BEREMPAH..

Bagi peminat makanan laut, saya pun peminat seafood juga..ketam memang susah juga nak memasaknya sebab nak bersihkan pun payah..tapi kalau dah suka makan, itu pun bukan penghalang.. boleh la saudara saudari cik2 sekalian cuba resepi ni..mudah dan sesuai untuk santapan malam bersama yang tersayang..

Inilah resepinya yer kalau teringin nak cuba....

Bahan-bahan :
  • 6 ekor ketam (digaul bersama kunyit dan garam kemudian digoreng hingga masak)
  • 6 biji cili padi (diketuk)
  • 3 ulas bawang putih(ditumbuk)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan susu cair/santan cair
  • 1/4 cawan air
  • 1 sdt serbuk ketumbar
  • 1 sdt serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk kari (dibuat pes)
  • 1 sudu besar mentega/marjerin
  • 1 biji telur
  • garam dan sedikit gula
Cara-cara :
  1. Panaskan mentega/marjerin di dlm kuali. Tumis bawang putih dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan pes kari. Masak hingga garing.
  3. Masukkan susu cair/santan, air, cili padi, garam dan gula secukupnya. Kacau sebati.
  4. Pecahkan telur dan kacau perlahan.
  5. Akhir sekali masukkan ketam. Gaulkan.
  6. Setelah masak, hidangkan. Enjoy!

p/s: santan tu gunalah jenama COCOLIN..terbaikk!