Followers

Thursday, 13 September 2012

KETAM MASAK KICAP

Selain masak berempah, kunyit or dengan telur, admin pun agak slalu juga masak ketam berkicap. Sedap juga. maybe sebab admin memang seafood lover kot jadi semuanya tetap rasa SEDAP DI PERUT  :)

Bahan2:
1 kg ketam
Bawang merah (ditumbuk)
Bawang putih (ditumbuk)
8 biji cili kering (diblender)
1cm halia (ditumbuk kasar)
1 biji bawang besar (dimayang)
4 biji cii hijau (dipotong tengah sahaja.jgn dipotong hiris kecil2)
3 sudu sos cili (boleh ditambah ikut citarasa anda)

Cara memasak:
1. Tumiskan cili kisar. Masukkan bahan tumbuk.
2.Setelah naik bau, masukkan ketam dan gaulkan. Tutup kuali sekejap kira2 5 min.
3. Kemudian, masukkan Kicap masin dan kicap manis, dan gaulkan hingga kuahnya menjadi pekat.
4. Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili hijau. Boleh dihidangkan.

p/s: Sungguh SEDAP NYERR PUN kalau dihidang bersama nasi panas. menaip resepi nye pun admin dah telan liur..slrpp..dake..

No comments:

Post a Comment