Ramai yang salah faham dengan cara memotong bendi.. Yang admin tau, kalau nak potong bendi, kita cuci dulu bendi tu barulah dipotong. Kalau dipotong terlebih dahulu baru dicuci, itu akan menambahkan lendir bendi ketika dimasak. Ini tips mamy admin iaitu Puan Magdeline Idah :) luv u mamy
Bahan-bahan diperlukan:
1. 5 batang bendi.
2. 2 ulas bawang merah
3. Cencaluk (jumlahnya bergantung kepada anda.sesedap rasa)
4. 2 biji cili padi
5. 2 biji limau kasturi
Cara memasak:
1. Didihkan air. Masukkan sedikit minyak.
2. Setelah air mendidih, masukkan bendi untuk dicelur. Angkat dan toskan.
3. Tuangkan cencaluk ke dalam mangkuk kecil. Pecahkan limau dan cili padi. Hiiskan bawnag meah dan gaulkan di dalam cencaluk itu tadi.
SEDIA utk DIMAKAN :).. lebih sedap kalau bendi masih lagi panas...
selamat mencuba yer :)
No comments:
Post a Comment