HALO..
tak dinafikan Oyster Mushroom memang sedap.. sy pun suka sangat2 makan cendawan nih.. lebih2 lagi kalau fresh dipetik.. bukan sahaja sedap tapi cendawan ini mengandungi banyak kebaikan untuk badan kita..
1. Mengawal atur darah-anti throbotik, merendahkan tekanan darah, kandungan glukosa dan lipid
2. meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bakteria
3. Merencatkan pertumbuhan tumor
4. Antioksidan dan aktiviti pelindung gen
Macam2 cara kita nak masak Oyster Mushroom ni tp di sini admin nak share macam mana nak masak Sup Ayam Cendawan.
Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih (dihiris halu)
seulas bawang merah (dihiris halus)
Sup Bunjut Adabi
200g ayam (dipotong mengikut kesukaan anda :) )
5 keping Oyster Mushroom (dicarik-carik)
Garam dan serbuk perasa
Serbuk lada putih
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah. (minyak jangan banyak sangat.cukup utk menumis bawang saja.elak kolesterol :) )
2. Setelah naik bau, masukkan ayam dan goreng sekejap. letak garam sikit supaya isi ayam menjadi lebih manis n tasty.
3. Setelah isi ayam menjadi lebih pejal, masukkan air. Sebaiknya guna air masak.
4. kemudian, masukkan sup bunjut dan Oyster Mushroom.
5. Setelah mendidih, masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk lada putih.
6. Bolehla diangkat dan dihidangkan. Dijamin sedap.
Sedapnya cendawan. Mimi, lak awk masak sendiri , ambik gambar dan post. Lamak2 boleh buat buku resepi sendiri
ReplyDeleteeheee..resepi yg ni memang selalu masak kat rumah.. Muhazrin n Sadit pernah merasa..hee.cuma tak ambil gambar je... nanti ambik gambar kalau masak
ReplyDelete